Pengarah Urusannya Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan bahawa syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke dalam akan peribadi Najib adalah tidak berasas.
"Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan ... saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti didakwa dalam laporan media," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah disebut dalam satu artikel oleh Wall Street Journal (WSJ), Jumaat.
Dr Shamsul Anwar dalam menafikan dakwaan itu berkata projek CSR yang dilaksanakan Ihsan Perdana diaudit sepenuhnya.