suria

Banjir Lumpur: Penduduk Kampung Mesilo Diarah Pindah

BANJIR LUMPUR... Sekali lagi Sungai Kadamain dilanda banjir lumpur berikutan hujan lebat sejak Jumaat. - fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan 100 orang penduduk dari Kampung Mesilo, Kundasang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya KO Sinar (Desa Cattle) dalam kejadian terbaharu banjir lumpur, pada awal pagi Ahad.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata kesemua mangsa dipindahkan setelah rumah mereka dilanda banjir lumpur dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi Ahad.

"Pasukan bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan mengarahkan penduduk Kampung Mesilo untuk berpindah ke pusat perlindungan itu sementara menunggu banjir dan paras air sungai kembali normal," katanya ketika dihubungi.

Katanya, maklumat terkini banjir berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kampung Mesilo, banjir lumpur, pindah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain