Firma undang-undangnya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti "fakta untuk meneruskan arahan selanjutnya" melalui pihak-pihak yang terlibat menulis, mengedar dan menerbitkan artikel tersebut.
Ini adalah untuk membolehkan "penyerahan sebarang surat undang-undang atau dokumen mahkamah dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut kenyataan ini, ia diarahkan untuk "menangani semua kemungkinan atau kemunasabahan mengikut remedi guaman di mana pelanggan kami akan diberi nasihat atas tindakan fitnah, tindakan dalam liku-liku selanjutnya dan remedi termasuk sebarang pelanggaran undang-undang oleh WSJ dan syarikat-syarikat berkaitan dan (jika ada) konspirasi."
"Ini bukan satu tindakan undang-undang langsung disebabkan oleh dakwaan-dakwaan kebangsaan dan antarabangsa. Kami telah diarahkan untuk mengenal pasti fakta dan meletakkan fakta yang lengkap, sebelum pelanggan kami, boleh meneruskan arahan selanjutnya.