suria

Kebakaran UiTM Dungun: Tiada Kemalangan Jiwa - Bomba

Api marak memusnahkan blok kelas penuntut UiTM Dungun pada petang Selasa.

DUNGUN: Sebuah bilik kuliah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun terbakar dalam kejadian kebakaran lewat petang Selasa.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata sebaik menerima panggilan, 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian kesemua 200 pelajar sedang berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran kira-kira pukul 7 malam itu disedari oleh pelajar yang sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan tidak jauh dari tempat kejadian.

Sejurus melihat kejadian tersebut pelajar yang berada di tempat kejadian terus memaklumkan kepada pihak polis bantuan yang berdekatan dan terus menelefon bomba bagi memaklumkan berkenaan kebakaran itu.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.--Bernama



bomba, UiTM, Amri Mohamad

Artikel Sebelum

Polis Serbu Pejabat 1MDB

Artikel Lain