suria

Tiang Konkrit Runtuh, Pekerja Binaan Warga Bangladesh Maut

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan pangsapuri yang dalam pembinaan di Prima Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.16 petang, mangsa Belal Md Abdul Hossain, 30, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh setelah terkena runtuhan tiang konkrit.

"Mangsa dikatakan sedang mengikat batu-bata di tingkat tiga bangunan tersebut sebelum malang menimpanya," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.


maut, buruh binaan

Artikel Lain