KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kes seorang wanita tidak sedarkan diri yang ditemui dalam keadaan berbogel di dalam longkang berhampiran sebuah restoran makanan laut di Penampang. Gambar wanita tersebut yang dalam keadaan berbogel di dalam longkang tersebar di laman media sosial. Wanita tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan ditemui pejalan kaki kira-kira tengah hari Khamis. Menurut entri di media sosial, wanita tersebut dipercayai dirogol dan juga dipukul berdasarkan kesan lebam dimukanya. Namun polis masih belum mengesahkan perkara itu. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobdin berkata wanita tersebut dihantar ke hospital untuk rawatan selepas ditemui. "Dia perlu diperiksa dan dirawat sebelum kami boleh merakamkan keterangan daripadanya," kata Rosley.