suria

Lebih 140,000 Lagi Unit Honda Perlu Pemeriksaan Semula

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia pada Jumaat berkata 143,970 unit modelnya - City (Tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012), perlu menjalani pemeriksaan semula sebagai langkah untuk  melindungi keselamatan pelanggan.

"Langkah proaktif ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna, dan kami kesal atas masalah yang dilalui pemiliknya.

"Langkah pemeriksaan semula ini dilakukan bagi membolehkan pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu ditukar dengan pengepam baharu," kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

Honda berkata semua model semasa yang dijual tidak terlibat.

"Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya.
Honda, pengepam beg udara

Artikel Lain