suria

Plot Serangan Pengganas IS Digagalkan

Anggota Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman menahan bekas pengurus acara di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Seorang daripada anggota militan yang ditahan baharu sahaja menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) selepas belajar di sekolah pondok di Kelantan.

Manakala seorang lagi anggota militan yang ditahan telah berjuang bersama IS di Syria tetapi cedera dan terpaksa pulang ke sini, di mana dia meneruskan kehidupannya dengan mendapatkan wang daripada mereka yang bersimpati dengan IS di Facebook.

Mereka berdua sedang merancang untuk mendapatkan senjata api dan melancarkan serangan terhadap VIP, mereka yang mempunyai kepentingan dengan negara-negara barat dan pusat-pusat hiburan di Lembah Klang.

Rancangan keganasan mereka telah digagalkan apabila lelaki berumur 28 dan 31 itu ditahan oleh polis, masing-masing pada 2 dan 7 Julai.

Lelaki berusia 28 tahun dan pernah belajar di sekolah pondok itu kembali ke Kuala Lumpur pada tahun lepas.


Dia sebelum ini telah berhenti kerja setelah tujuh tahun menjawat jawatan sebagai pengurus acara di sebuah syarikat automotif.

Semasa di sekolah, lelaki itu bertemu Ahmad Effendi Manaf, pengebom berani mati Malaysia yang meninggal dunia di Homs, Syria, November lepas, kata sumber yang biasa dengan penyiasatan itu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya Ahmad Effendi merekrut lelaki itu, yang sudah dipengaruhi oleh ideologi IS sebelum belajar di sekolah pondok.

Lelaki itu juga membantu mendapatkan wang dan peralatan taktikal untuk Ahmad Effendi tinggal di Syria.

Menurut sumber, lelaki itu tidak diarahkan untuk pergi ke Syria kerana pemimpin IS memerlukannya untuk operasi di sini.

Difahamkan, dia menerima arahan langsung dari pemimpin kanan IS Eropah di Syria melalui media sosial dan aplikasi perbualan.

"Dia selalu meminta nasihat daripada orang-orang ini," kata sumber itu.

Siasatan membawa polis membawa kepada seorang lagi lelaki  yang telah kembali dari Syria pada Ogos tahun lepas, dan sedang berhubungan dengan anggota militan yang lebih muda itu.

Sumber itu berkata, lelaki kedua berada dalam senarai dikehendaki polis kerana telah beberapa tahun mempunyai kaitan dengan militan.


"Dia sukar difahami, sentiasa mengubah laluan untuk pertemuan rahsia atau menukar venue ketika berada di sini," kata sumber itu.

"Dia sangat paranoid dirinya tidak dapat dikesan dan ini membuatkan dia sukar untuk dikesan."

Anggota militan itu berada di Syria sehingga dia cedera di bahu kanan.

Apabila kembali ke Malaysia, dia melakukan penipuan di Facebook daripada mereka yang bersimpati dengan IS yang mempercayai bahawa dia masih berjuang di sana.

Mereka akan menghantarnya irfak (sumbangan) dan dia akan mengutip 'sekurang-kurangnya RM8,000 sebulan', kata sumber itu.

Sumber itu berkata, caranya itu membolehkannya menyara dirinya sendiri dan dua orang isteri.

Kedua-dua militan bertemu kira-kira lima kali sepanjang bulan lalu untuk memilih sasaran mereka dan merancang serangan.

Kedua-dua mereka cuba untuk mendapatkan senjata api dan merancang untuk melancarkan serangan, termasuk mensasarkan VIP, kata sumber itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerana arahan diberikan oleh pemimpin kanan IS di Syria kepada ahli-ahlinya di sini.

Modus operandinya hampir sama dengan yang digunakan dalam serangan ganas di berlaku di Kuwait, Perancis dan Tunisia bulan lepas, katanya dalam satu kenyataan akhbar, Khamis.

Polis telah merampas buku mengenai jihadism Salafi, ideologi transnasional agama-politik berdasarkan keganasan, dari rumah mereka.

Resit untuk peralatan taktikal juga ditemui di kalangan barang-barang mereka.

Ketua Polis Negara sebelum ini berjanji bahawa polis akan sentiasa berjaga-jaga untuk mencegah serangan pengganas di Malaysia.

Tangkapan membawa jumlah militan yang ditahan di sini kepada 110 sejak 2013.
militan IS, pengganas

Artikel Berikut

Artikel Lain