Mohamad Najib Fahmi Md Noor, 22, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap gadis yang bekerja sebagai seorang promoter, di sebuah rumah di Pandan Indah di sini, pada 7.45 malam, 4 Julai lepas.
Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan
Bagi kesalahan melakukan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut menetapkan syarat, tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya setiap bulan sehingga kes selesai dan dia dilarang mengganggu mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Fadyzil Ikram Norzailan Shah.