suria

Shafee Dapat Surat Tunjuk Sebab Isu Etika Profesional

Muhammad Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR: Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diberi surat tunjuk sebab oleh Majlis Peguam atas tuduhan salah laku profesional.

Difahamkan Muhammad Shafee diberi surat tunjuk sebab susulan tindakannya menyertai siri jelajah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada peguam itu berhubung dakwaan tersebut.

"Ya, kami mengeluarkan surat tunjuk sebab. Butir-butir mengenai kandungannya adalah sulit dan saya itu tidak dapat mengulas mengenainya," katanya.

Namun apabila terus diajukan soalan, Steven berkata, "Ya, semua tindakan disiplin adalah berkaitan salah laku profesional. Saya tidak boleh nyatakan butiran atau jenis salah laku profesional itu atas sebab-sebab kerahsiaan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain