suria

Ambank Akan Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu

KUALA LUMPUR: Ambank Group pada Khamis menegaskan ia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat serta berita palsu mengenai kumpulan itu, operasi, Pengerusi serta kakitangannya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas laporan disiarkan di satu laman blog, baru-baru ini.

"Ia disusuli dengan penyiaran semula kenyataan berkenaan oleh media lain sehingga meraih tumpuan serta tarikan yang tidak sewajarnya," katanya.

Menurut bank itu, ia tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

FSA dan IFSA amat tegas dalam melindungi tahap kerahsiaan para pelanggannya.

"Kami telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa secara terbuka serta telus dan akan terus berbuat demikian. Pada masa sama, kami turut mengulangi jaminan kepada pelanggan bahawa AmBank Group beroperasi dengan tahap integriti yang tinggi," kata Pengerusinya, Tan Sri Azman Hashim, dalam kenyataan itu.

Artikel Lain