suria

Tuduhan Anwar Terlibat Dengan Sarawak Report 'Tak Masuk Akal' - Nurul Izzah

Nurul Izzah
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggambarkan tuduhan bahawa bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat memalsukan dokumen untuk laporan di laman Sarawak Report dalam plot yang didakwa untuk menjatuhkan Perdana Menteri sebagai tidak masuk akal.

"Tak masuk akal. Bagaimana dia (Anwar) boleh memalsukan dokumen apabila dia berada di penjara sejak Februari?," soal beliau sebagai respons segera terhadap rakaman video seorang bekas editor dari Sarawak, Lester Melanyi yang mendakwa Anwar adalah salah seorang pemimpin pembangkang yang ditemuinya di London.

Beliau berkata satu-satunya cara untuk mengetahui kebenaran isu kontroversi 1MDB adalah dengan mendedahkan serta-merta laporan interim Ketua Audit Negara.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, adalah sesuatu yang membuang masa jika 'sumber' dakwaan yang ditulis dalam Sarawak Report tidak boleh dipastikan.

"Menonton video itu semestinya hanya membuang masa kerana apa-apa yang dikatakannya (Lester) langsung tidak berasas," tambah beliau.

Mereka membuat penafian ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ramesh Rao Naidu Krisna, yang juga merupakan presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Minda & Sosial Perihatin dan video oleh Lester, bekas editor Sarawak Tribune.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain