KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 pagi Khamis.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, aliran trafik ke utara secara umumnya lancar termasuk dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng.
Namun, visual terkini keadaan lalu lintas di lebuh-lebuh raya utama yang disediakan laman web www.jalanow.com menunjukkan kenderaan bertali-arus di Km324.4 dan Km333.6 dekat Tapah.
Cuaca dilaporkan baik.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke Pantai Timur juga dilaporkan lancar dan terkawal.
"Tiada sebarang kemalangan berlaku setakat ini," katanya.