PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyediakan bukti untuk menyokong dakwaan beliau terhadap Perdana Menteri, kata Datuk Seri S. Samy Vellu. Bekas presiden MIC itu mendakwa, adalah tidak adil untuk bekas Perdana Menteri dilemparkan tuduhan tanpa bukti. "Apa sahaja yang Tun Mahathir mahu kata, dia perlu menyediakan bukti untuk dakwaannya. "Jika mahu menyalahkan orang lain, beliau mesti menyediakan bukti yang cukup, kemudian kita dapat melihat sama ada ia betul atau tidak," kata Samy Vellu kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Adilfitri Perdana Menteri di sini, Jumaat. Samy adalah seorang menteri Kabinet semasa pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir sering membuat kecaman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Samy, yang kini merupakan wakil khas Malaysia ke India dan Asia Selatan dalam infrastruktur, juga mempertahankan Najib. "Dia tidak perlu diminta untuk pergi bercuti. "Jika setiap kali sesuatu berlaku, dan kita minta PM mengambil cuti, negara ini tidak akan terus kukuh."