suria

Cuaca Diramal Baik Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Cuaca di seluruh negara secara keseluruhannya pada pagi Hari Raya kedua pada Sabtu diramal baik, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Bagaimanapun, hujan diramal berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pantai di Johor, menurut jurucakap jabatan itu.

Sementara pada sebelah petang, kebanyakan kawasan di seluruh negara diramal mengalami hujan dan ribut petir di satu atau dua tempat.

"Ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala hujan di beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak serta Perlis," kata jurucakap itu.

Hujan juga diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Betong, Bintulu, Kuching, Limbang, Miri, Samarahan, Sibu dan Sri Aman.

Pada waktu malam pula, cuaca agak baik di kebanyakan kawasan kecuali Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu serta bahagian pedalaman dan pantai barat Sabah yang dijangka mengalami hujan.

Artikel Lain