suria

Tujuh Cedera Bas Ekspres Terhumban Ke Lereng Bukit Di Rawang

Keadaan bas selepas terbabit dalam kemalangan. Foto twitter @bharianmy

PETALING JAYA: Tujuh orang termasuk lima penumpang apabila sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran Perhentian Rawang di Rawang, pagi Ahad.

Memetik laporan BH Online pada Ahad, mereka yang cedera termasuk dua pemandu.

Dilaporkan, ketika kejadian pada kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bas yang menghala dari Ipoh ke Kuala Lumpur dikatakan terbabas sebelum terhumban di tepi lereng bukit. 

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain