suria

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Semakin Sesak Malam Ini

Keadaan trafik perlahan dari Bangi ke Kajang setakat pukul 8.30 malam Isnin. Foto twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dengan pertambahan kenderaan malam Isnin berikutan ramai yang pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri.

Aliran trafik dari utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Sungai Petani ke Bertam dan dari Permatang Pauh ke Perai, menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini.

Beliau berkata, aliran trafik juga sesak dari Taiping ke Terowong Menora dan dari Ipoh ke Simpang Pulai serta dari Bidor ke Slim River.

Bagi arah selatan aliran trafik dilaporkan sibuk dari Senawang menuju ke Seremban dan dari Simpang Pulai ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dari Bentong timur ke Bukit Tinggi serta dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

PLUS

Artikel Lain