Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata jaring itu diletakkan di situ sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja-kerja masih dijalankan di landasan itu.
"Garisan tebal itu sebenarnya adalah sambungan dua helai jaring yang dijahit bersama. Ia bukan retakan pada konkrit di landasan itu seperti yang dibincangkan dalam media sosial," katanya dalam kenyataan di sini malam Khamis.
Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.
Gambar yang didakwa seperti keretakan pada landasan MRT itu disebarkan secara meluas di media sosial hari ini.