Beliau berkata di bawah Akta Ekstradisi UK 2003, orang yang hendak diekstradisi mestilah melakukan perbuatan, yang juga menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Inggeris.
Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kementerian akan berurusan dengan kerajaan British jika tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Rewcastle-Brown.
Beliau berkata Bukit Aman mempunyai hubungan yang baik dengan Scotland Yard, justeru apa-apa tindakan susulan, termasuk ekstradisi, boleh dilakukan dengan lancar jika perlu.
Surendran berkata Zahid tidak dapat mengenal pasti kesalahan yang didakwa dilakukan Rewcastle-Brown di bawah undang-undang Malaysia.
Tambahnya, Zahid hanya berkata Rewcastle-Brown 'mengganggu hal ehwal Malaysia' dan bahawa dia mempunyai 'niat buruk'.
"Ini bukan kesalahan jenayah sama ada di Malaysia atau Inggeris," kata Surendran.