suria

1MDB: Pemilik Sebuah Syarikat Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

PUTRAJAYA: Individu ketiga yang ditahan pasukan petugas khas yang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibebaskan dengan ikat jamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan pemilik sebuah syarikat perdagangan yang berpusat di Setapak, dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin.

Tempoh remannya berakhir pada Isnin.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suruhanjaya itu membuat keputusan untuk tidak melanjutkan perintah reman kerana sudah mengambil keterangan individu tersebut.

Pemuda berusia 28 tahun itu merupakan individu ketiga daripada lima individu yang ditahan reman pasukan petugas khas bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Dia ditahan pada Khamis di Pejabat SPRM dan direman pada Jumaat.

1MDB, bebas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain