KUALA LUMPUR: The Edge Media Group telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily. Dalam kenyataan pada Isnin, The Edge Media Group berkata permohonan itu difailkan melalui peguamnya Raja, Darryl & Loh Advocates and Solicitors. "Kami juga meminta agar permohonan itu didengar dengan kadar segera, tetapi kami tidak dapat memberi salinan afidavit permohonan kami itu sehinggalah ke sini didengar. "Memandangkan perkara ini perlu disegerakan dan merupakan perkara kepentingan awam, kami harap mahkamah akan memberi kepada kami tarikhnya dengan segera," kata kenyataan itu. Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai berkaitan laporannya tentang isu 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB).