PETALING JAYA: MCA kini mempunyai tiga menteri penuh dalam Kabinet. Setiausaha agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kekal sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong mengekalkan portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet pada Selasa, menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet dan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.