suria

Najib Susah Nak Cakap Mahu Gugurkan Saya - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui hanya dimaklumkan mengenai penggugurannya daripada Kabinet kurang sejam sebelum keputusan berkenaan diumumkan secara langsung menerusi televisyen di Putrajaya.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau bagaimanapun menyedari mengenai penggugurannya ketika menghadiri satu majlis rasmi di Sendayang, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

"Saya sedar bahawa itu adalah majlis terakhir (Sebagai Timbalan Perdana Menteri). Saya dapat maklumat untuk datang berjumpa dengan Perdana Menteri lebih kurang pukul 11.30 pagi.

"Tetapi saya hanya dapat bertemu dengan beliau lepas saya pulang ke Putrajaya lebih kurang pukul 12.15 tengah hari. Saya tanya apakah tujuan saya dijemput, apakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri, dia mengangguk.

"Saya tanya adakah you nak cakap apa-apa dengan saya...dia rasa susah nak cakap. Saya tanya lagi adakah bermakna nama saya tak tersenarai...bila dia mengangguk saya kata terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini.

Pada sidang media itu beliau ditemani isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Sidang media yang dihadiri wakil media tempatan dan antarabangsa itu berlangsung kira-kira setengah jam.

Muhyiddin

Artikel Lain