suria

AirAsia Tuntut RM409 Juta Terhadap MAHB

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad telah menghantar satu surat tuntutan bagi menuntut RM409 juta terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd kerana pelanggaran kontrak.

AirAsia dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini pada Jumaat menjelaskan, syarikat itu menanggung kerugian apabila MAHB telah gagal atau melanggar tugas-tugas kontrak  seperti  yang dipertanggungjawab.

"AirAsia Berhad  telah menyerahkan surat tuntutan berjumlah RM409 juta kepada Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (“MAHB’’) atas kerugian dan kerosakan yang ditanggung dari beroperasi dari KLIA 2 dan juga di Terminal LCC,” kata kenyataan tersebut.

AirAsia juga mendakwa pelanggaran kontrak MAHB ini telah merosakkan jenama dan reputasi AirAsia kerana persepsi masyarakat awam termasuklah kegagalan fasiliti adalah di bawah bidang kuasa AirAsia sebagai syarikat penerbangan terbesar yang beroperasi di KLIA 2 sedangkan ia bawah tanggungjawab pengendali lapangan terbang itu
AirAsia, MAHB

Artikel Lain