Menurut sumber, Muhyiddin menerima undangan untuk menghadap Sultan Ibrahim pada pukul 3.30 petang ini di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana untuk makan tengahari bersama," kata sumber berkenaan.
Difahamkan dalam pertemuan itu nanti, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri akan memberi penjelasan berhubung penggugurannya daripada Kabinet pada Selasa lalu.
Umno Kluang merupakan bahagian pertama yang dihadiri Muhyiddin selepas digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.