suria

Kes Bunuh Guru Al-Quran: Seorang Lagi Suspek Ditahan

KOTA BAHARU: Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang beralamat terakhir di Tanah Merah ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Batu melintang, Jeli pada pukul 5 petang, Ahad.

"Kita akan cari orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Isnin.

Ahmad Taufek berkata suspek kini direman selama tujuh hari.

Seorang individu berumur 52 tahun ditahan Jumaat lalu dan turut direman.

Pihak polis sedang menyelesaikan kes berhubung kematian Ruziah Saupi, 50, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu sebelum ditemui mati pada Khamis lepas di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang.

Guru Al-Quran

Artikel Lain