"Saya begitu mengambil berat tentang kebajikan anggota ATM terutamanya keperluan tempat tinggal yang selesa.
"(Kita) melihat kepada parameter Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang telah ditetapkan iaitu faktor pembinaan kem baharu, keusangan rumah keluarga sedia ada dan faktor sewaan yang tinggi di luar kem.
"Dalam melaksanakannya, kita perlukan perbincangan lebih rapi dan saya cadang untuk bentang kepada orang ramai melalui pelan induk supaya tidak ada perkara-perkara yang disalah tafsir," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, Isnin.
Hishammuddin berkata perancangan dalam RMK-11 turut meliputi tumpuan dalam meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM, serta meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuklah dalam menangani isu keselamatan di Sabah.
"Kita juga komited untuk memperkukuh sektor inovasi dan pengkomersilan industri pertahanan di mana industri dan syarikat-syarikat yang merupakan pihak berkepentingan mesti mencari jalan bahawa sektor perindustrian pertahanan dapat kita tambah nilai dan dapat kita perkembangkan dan bangunkan.
"(Selain itu) Pelan Tranformasi Program Latihan Khidmat Negara iaitu tumpuan diberikan terhadap proses pelatih melanjutkan pendidikan di pusat-pusat latihan kemahiran," katanya.
Hishammuddin turut menggesa warga kementerian supaya tidak mengalah dalam zaman yang serba mencabar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta ancaman sosial disebabkan fahaman ekstremis dan sebagainya.