suria

25 Selamat, Bot Penumpang Hampir Karam

Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari bot penumpang yang hampir karam.

KOTA KINABALU: Seramai 25 penumpang berjaya diselamatkan apabila bot yang mereka naiki dari Labuan menuju Sipitang mengalami kebocoran di tengah laut.

Sebuah lagi bot penumpang yang dalam perjalanan ke destinasi itu membantu penumpang bot tersebut selepas menerima panggila kecemasan melalui radio bot kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Mereka kemudiannya menghantar penumpang tersebut ke Labuan.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Roslizan Yahya berkata semua penumpang tidak mengalami kecederaan kerana bot mempunyai sistem sokongan yang membolehkan ia terapung untuk tempoh yang lebih lama semasa kecemasan.

"Penumpang tempatan termasuk kanak-kanak dan orang dewasa antara yang dihantar ke Sipitang menggunakan bot berasingan yang tiba untuk menyediakan bantuan," katanya.

Kesemua penumpang tiba di destinasi yang ditujui kira-kira pukul 3 petang, kurang setengah jam berbanding waktu perjalanan biasa.

bot penumpang, karam

Artikel Lain