suria

Suami Isteri Disyaki Dera Cucu Ditahan

Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 51 tahun dan isterinya, 27, ditahan polis pada petang Selasa bagi membantu siasatan berkaitan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai didera.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital pada Isnin dan mengalami kecederaan pada badan serta muka termasuk mata kirinya bengkak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Idris Mohamed berkata pasangan tersebut ditahan pada pukul 2 petang di sebuah rumah di Setiu.

Pasangan tersebut akan ditahan reman sehingga Sabtu untuk membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital oleh bapa saudaranya selepas dia dilaporkan pengsan ketika sedang bermain.

"Kesan kecederaan dikesan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu di sini, apabila kanak-kanak itu sedang diperiksa," katanya.

Difahamkan kanak-kanak tersebut berada di bawah jagaan pasangan tersebut sejak tujuh bulan lalu selepas ibu bapanya bercerai.

suami isteri, dera, cucu

Artikel Lain