suria

Lagi Kapal Tangki Minyak Hilang

PETALING JAYA: Sebuah kapal tangki minyak dilaporkan hilang - mungkin dirampas di perairan Selangor, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Agensi itu dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kehilangan kapal MT Jaoquim pada pukul 11 pagi Ahad.

Sebelum ini pada 11 Jun, kapal tangki minyak MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan petrol dirampas oleh lanun dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka.

Kapal dengan 22 anak kapal kemudiannya dibebaskan dan sekumpulan lanun yang didakwa bertanggungjawab ditangkap di perairan Vietnam.

MT Jaoquim, Kapal Tangki Minyak, APMM

Artikel Berikut

Artikel Lain