suria

Dua Pekerja Kem Balak Lemas Bot Terbalik

KANOWIT: Dua pekerja kem pembalakan lemas, manakala empat lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri selepas bot yang mereka naiki karam di Sungai Kanowit dekat Nanga Machan petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superitendan Ismail Mahmood berkata, Mayat Kiung Teck Ying, 24, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat melibatkan Bomba dan Penyelamat, polis serta penduduk setempat pada 3.55 petang.

Mayat seorang lagi mangsa, Ngian Seng Chu, 25, pula ditemukan kira-kira 6.42 petang, 30 meter dari tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kanowit untuk bedah siasat, kes kini sedang dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Ismail berkata dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, bot dinaiki mangsa karam dipercayai gagal dikawal lalu terbalik ketika menyeberangi Sungai Kanowit dari jeti belakang pekan Kanowit.

Beliau berkata, pengurus kem pembalakan itu, Kong Chek Fong telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.-- Bernama


Artikel Lain