Menurut penilaian psikiatri hospital yang dibacakan di mahkamah, Persana Avril Sollunda, 32, adalah 'tidak waras' pada masa kejadian 23 April di mana dia telah menanggalkan baju dan colinya selepas gagal membayar bil nasi ayam berjumlah RM18.
Walau bagaimanapun, dia telah dianggap stabil dan layak dibicarakan pada ketika ini.
Perbicaraan dijadualkan berlangsung dari 11-13 Januari.
Dia diiringi oleh adik lelakinya Peter Alvin.
Selepas meninggalkan kamar mahkamah, Persana didengar memberitahu peguamnya Kevin Tan, "Saya mahu menghubungi ibu saya".
Dia enggan mengulas lanjut dan meminta pertanyaan dirujuk kepada Tan, yang berkata mereka akan meneruskan perbicaraan itu tanpa apa-apa permohonan.
Bagaimanapun, dia kemudian berkata "Saya okay...By the way, saya juga peminat Putera Harry."
Bekas model dan pekerja spa ini mengaku tidak bersalah pada 28 April di bawah pertuduhan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai selepas video dia menanggalkan baju dan coli menjadi viral.
Pada 29 Mei, Majistret Nur A'minahul Mardiah Md Nor telah mengarahkan Sollunda, 32, yang ditempatkan di hospital Bahagia di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah untuk penilaian psikiatri selama sebulan.