Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong yang melancarkannya pada Selasa, memuji usaha stesen itu yang dapat menggalakkan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Saya suka usaha murni ini yang dapat berkongsi kisah-kisah kejayaan usahawan dan bagaimana mereka mengatasi masalah mereka," kata Ka Siong dalam ucapannya di Holiday Inn Kuala Lumpur.
Segmen selama tiga minit itu akan menampilkan temu bual dengan usahawan seperti Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat bagi Kemajuan Usahawan Malaysia (SAME) Neil Foo dan ahli perniagaan lain, bersiaran setiap hari dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi.
Pengerusi Star Radio Group Datuk Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata idea perlu diambil kira berbanding saiz dalam dunia perniagaan kontemporari dan program itu diharapkan dapat memperkenalkan kejayaan inovasi kepada usahawan yang mempunyai cita-cita.