PETALING JAYA: Kabinet akan memutuskan mengenai keperluan untuk mengadakan sidangan khas Parlimen bagi melantik seorang pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu pada Rabu. Menteri yang bertanggungjawab bagi mengenai hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman berkata, isu mengenai perlantikan baharu bagi mengisi kekosongan yang berlaku dalam PAC selepas rombakan Kabinet baru-baru ini akan dibawa untuk perbincangankan. "Kabinet akan memutuskan sama ada pelantikan akan dilakukan pada persidangan khas atau apabila Parlimen bersidang seperti biasa," katanya kepada The Star. Sidang Parlimen yang akan datang dijadualkan pada 19 Oktober depan. Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa persidangan khas perlu diadakan tidak lama lagi untuk melantik seorang pengerusi PAC baharu. Gesaan itu dibuat bagi memastikan tiada kelewatan dalam siasatan PAC berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pada masa ini siasatan PAC terhadap 1MDB ditangguhkan berikutan bekas Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sementara itu tiga anggota lain PAC iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga telah dilantik sebagai timbalan menteri dan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai menteri. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan penyandang semasa jawatan itu, Arul Kanda Kandasamy dijadualkan untuk memberi keterangan pada pendengaran PAC pada Ogos 4 dan 5 tetapi ia tidak meneruskan. Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara ke atas syarikat itu, juga dijadual hadir di hadapan PAC pada 8 September ini. Ahli PAC, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menggesa Kabinet untuk mengadakan persidangan khas Parlimen bagi melantik seorang pengerusi PAC baharu. "Lebih cepat lebih baik," katanya. Selain Abdul Aziz, PAC dianggotai Timbalan Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Liang Teck Meng (BN), Hasbi Habibollah (BN), Datuk Wee Jeck Seng (BN), Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR), Leong Jee Keen (PKR), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR) dan Tony Pua Kiam Wee (DAP).