Dalam insiden pukul 4.45 pagi itu, tiga pekerja lain mengalami cedera ringan manakala tiga lagi terselamat tanpa kecederaan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sunip Kadiron berkata kelapan-lapan pekerja yang dipercayai warga Indonesia dan Bangladesh itu dikatakan sedang bekerja di bangunan tersebut apabila lantai berukuran 10 x 20 meter di tingkat lima runtuh menyebabkan lima daripada mereka terperangkap.
"Kesemua pekerja itu berjaya diselamatkan dan mereka dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya kepada Bernama di sini Rabu.