Nazir, yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menunjukkan gambar di akaun Instagram dengan kapsyen, "FBM KLCI menghampiri paras 1600, Ringgit ditutup 4 vs dolar Amerika".
"Masa yang teruk untuk berasa terganggu oleh politik dan terlalu banyak liputan negatif media antarabangsa. Pasukan kewangan terbaik, paling boleh dipercayai & berpengalaman dalam krisis kewangan perlu diletakkan di hadapan pasaran dengan segera," katanya.
Ringgit terus jatuh berbanding dolar AS, mencecah aras rendah baru RM4.0275 pada Selasa, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan nilai Yuan China.
Semua mata wang di rantau ini juga terus mengalami kemerosotan berbanding dolar AS.
Berasaskan tahun terkini, Ringgit adalah pelaku yang paling teruk di kalangan rakan-rakan Asia, dan turun 13.33 peratus berbanding dolar AS.