PETALING JAYA: Tiada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Media Prima Berhad, kata Tan Sri Johan Jaafar. Johan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, beliau menjadi pengerusi Media Prima selama 2,316 hari pada kontraknya berakhir 31 Ogos ini. "Saya mahu menjelaskan bahawa saya tidak menerima apa-apa tekanan untuk meletakkan jawatan," kata Johan yang juga Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), sebuah panel bebas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Johan berkata, beliau lantang bersuara sebagai kapasitinya pengerusi bagi PPPR, sebuah panel bebas untuk SPRM berhubung pelbagai isu, seperti ganggunan ke atas SPRM dan pegawainya serta keadaan berhubung arahan pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke Putrajaya. "Saya akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan akan terus bersuara bagi pihaknya secara adil dan tanpa takut atau memihak," katanya. Sabtu lalu, Johan sebagai Pengerusi PPPR dalam satu kenyataan menuntut agar Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing.