KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda malam Rabu menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan pelbagai pihak, termasuk siasatan oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Arul turut menjelaskan dengan terperinci pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan kadar hutang sedang berjalan lancar, dan diyakini dapat mengurangkannya dalam masa empat hingga enam bulan. Beliau menyifatkan 1MDB berada di landasan yang betul bagi memenuhi objektif pembangunan strategik serta tidak mempunyai masalah untuk tarik pelabur, namun berdepan pelbagai tuduhan dan tohmahan politik. Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Norzie Pak Wan Chek dan Izwan Azir Saleh dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam Rabu. Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu: MUKADIMAH: Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development atau 1MDB Arul Kanda di dalam satu kenyataan media sebelum ini menegaskan bahawa beliau bertanggunjawab sepenuhnya di atas setiap tindakan ke atas syarikat ini setelah dilantik menerajui 1MDB. Beliau memberi komitmen akan menjalankan tugas profesional dan memberikan semua maklumat yang diperlukan bagi membantu pihak berkuasa mencari kebenaran di sebalik 1MDB. Arul dilantik untuk melaksanakan penilaian strategik ke atas 1MDB dan kini beliau mengetuai perancangan pelaksanaan dan rasionalisasi perniagaan syarikat ini seperti yang dibawakan ke kabinet pada 29 Mei lalu. Pelan ini akan mengurangkan tahap hutang syarikat yang setakat ini dilaporkan berjalan lancar. Ia dibuktikan dengan bayaran balik pinjaman berjumlah RM3.6 bilion yang diumumkan pada 8 Jun lalu. Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya Norzie Pak Wan Chek dan Izwan Azir Saleh menjemput saudara Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif kumpulan 1MDB untuk mengetahui perkembangan selanjutnya berkaitan perancangan pelan rasionalisasi yang telah diputuskan. Selamat datang saudara Arul ke soal jawab, terima kasih kerana sudi untuk duduk di kerusi ini dan menerima soalan daripada kami. Baik, kita nak berkenalan dulu dengan saudara Arul yang ramai mengetahui bahawa anda adalah ahli perbankan yang sebelum ini berpangkalan di Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu dan dan juga United Kingdom dan anda mempunyai pengalaman dalam penstrukturan semula syarikat tetapi tidak ramai yang mengenali Arul Kanda secara peribadi kecuali setelah kes ataupun isu 1MDB ini tersebar luas. SOALAN: Difahamkan anda mempunyai latar belakang di dalam bidang perundangan, betul? JAWAPAN: Ya betul, saya mempunyai LLB dan juga Masters in Law dan telah belajar di United Kingdom untuk beberapa tahun dan setelah beberapa tahun di situ saya masuk ke bidang investment banking di London dan juga di Bahrain, Dubai dan sebelum ini di Abu Dhabi. SOALAN: Ketika anda diberikan tanggungjawab untuk menerajui 1MDB ini, ia sedang berdepan dengan beban hutang yang sarat, urus tadbirnya juga dipersoalkan. Mungkin anda boleh maklumkan kepada saya, Norzie dan penonton apa motif ataupun motivasi yang menyebabkan anda menerima tanggungjawab itu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dengan keadaan 1MDB ketika itu? JAWAPAN: Memang ada banyak perkara kita perlu lihat sebelum mengambil jawatan baru. Jadi saya sebagai seorang professional, apa yang penting kepada saya ialah setelah membaca dan mendengar beberapa news article, internet articles dan di media sosial semasa di Abu Dhabi dulu. Saya banyak dengar mengenai 1MDB dan cabaran syarikat pada masa itu. I was quite intrigued pada masa itu. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan juga dengan background saya dengan kerja yang saya telah buat dan knowledge yang saya ada untuk membuat kerja seperti ini. Apabila mendapat peluang untuk kembali ke tanah air dan melaksanakan pelan rasionalisasi itu pada saya merupakan opportunity yang sebagai professional kita perlu ambil, dan kita perlu cuba untuk melihat apa yang kita boleh laksanakan. SOALAN: Adakah keadaan yang digambarkan mengenai 1MDB sebelum saudara Arul kembali ke tanah air ini sebenarnya sama seperti apa yang saudara Arul sendiri alami setelah kembali ke sini? JAWAPAN: Kebanyakanya sama, I think kalau dilihat, berita yang negatif yang paling banyak dikeluarkan tetapi apa yang penonton perlu tahu 1MDB merupakan satu syarikat penjana kuasa paling besar di Malaysia. Ada juga mempunyai tanah di kawasan strategik di Kuala Lumpur dan di kawasan lain di Malaysia. Jadi business as usual continues, kita melaksanakan tugas seharian tetapi memang ada cabaran yang perlu diatasi terutamanya terhadap hutang syarikat. Jadi pada saya sebagai seorang professional kita mengambil gambaran yang menyeluruh, the whole picture bukan sebahagian sahaja. Gambaran yang menyeluruh memang apa yang saya kena kenal pasti sebelum datang memang ada di situ tetapi ada beberapa cabaran lain seperti keadaan politik dan sebagainya. Yang itu memang pada saya bukan sesuatu yang menurut kepakaran saya. Saya ahli perniagaan atau banking dan bukan politician, jadi itu memang sukar sedikit. SOALAN: Jadi dalam erti kata lain sebelum anda menyertai 1MDB ini anda telah bersedia dari segi mental untuk mendepani segala dakwaan ataupun beban hutang dan sebagainya dan anda pastinya mempunyai pelan tersendiri untuk mengemudi 1MDB ini ke arah satu arah yang lebih baik? JAWAPAN: Alhamdulillah dengan tenaga kerja di 1MDB kita ada lebih kurang 1,100 profesional yang tiap-tiap hari menjalankan tugas seperti yang diperlukan untuk menjana kuasa untuk membangunkan tanah di TRX dan juga bandar Malaysia dan sebagainya. Jadi pada saya itu berjalan secara lancar dan tidak perlu kita risau. Tetapi pada bahagian beban kewangan memang mengambil banyak air time di Malaysia, itu memang sukar sedikit tetapi background saya beberapa tahun bekerja di Timur Tengah ialah dalam implementation of rationalisation plan itu memang kepakaran saya dan juga kepakaran undang-undang dan banking expertise. Insya-Allah kita dapat melaksanakan pelan yang telah dibentang kepada kabinet pada 29 Mei 2015. SOALAN: Ok, Norzie, saya harus bertanya soalan ini dahulu kepada Arul, iaitu mungkin secara asasnya secara ringkas anda beritahu saya dan penonton yang kebanyakannya tidak tahu core atau tunjang business 1MDB ini. Pada pandangan khalayak ramai 1MDB ini satu syarikat yang sarat dengan hutang sahaja. Anda adalah pembekal tenaga terbesar dan sebagainya, mungkin secara ringkas anda ceritakan latar belakang 1MDB ini. JAWAPAN: Jadi untuk memberi cerita ringkas itu sukar sebab cerita dia sebenarnya panjang dan besar tetapi saya akan cuba. Pada asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) ditubuhkan sebagai sovereign wealth fund, jadi dana kerajaan, tetapi ia telah ditukarkan sebab pada masa itu hanya untuk negeri Terengganu dan seterusnya selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, keputusan dibuat untuk menukarkan TIA kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Jadi pertukaran itu, pada masa yang sama hala tuju strategi syarikat juga bertukar kepada strategik development company. Maknanya syarikat yang mengambil projek yang mempunyai kepentingan untuk negara untuk menjadi pemangkin, untuk membuat cara baru hybrid sektor swasta dan sektor kerajaan dan juga untuk membawa masuk foreign direct investment, pelaburan daripada luar negara, FDI. Jadi, itu bab pertama. Yang keduanya, model syarikat 1MDB daripada awal, model yang diambil adalah untuk develop projects ini melalui hutang. Kenapa? Kenapa gunakan hutang? Pada masa itu, apabila menggunakan hutang untuk membeli aset yang baik seperti tanah, atau stesen janakuasa yang menjana tunai, jadi beban hutang itu dapat ditanggung. Dan kerajaan pada masa itu memasukkan RM1 juta kepada syarikat, dan dana lain kerajaan dapat digunakan untuk membangunkan sekolah, hospital dan sebagainya. Jadi model itu supaya kita dapat leverage dan kita dapat gunakan dana kerajaan untuk perkara lain. Tapi bila kita melaksanakan projek di mana kita memerlukan hutang untuk membangunkan projek, apa yang penting ialah execution (pelaksanaan) maknanya daripada awal lagi pelan 1MDB ialah untuk melaksanakan IPO untuk syarikat janakuasa dan kedua, pada tanah itu untuk melaksanakan pelan induk (master planning) dan juga mengecilkan, memecahkan plot-plot kepada plot yang lebih kecil untuk dijual termasuk juga membina infrastruktur jadi sebagai example di Tun Razak Exchange. 1MDB akan membelanjakan RM3 bilion untuk menaik taraf Jalan Tun Razak untuk membina infrastruktur dan juga direct connection kepada highway - MEX, Smart highway dan sebagainya. Jadi aktiviti-aktiviti ini semua adalah ditanggung dan dibuat oleh 1MDB. Itu pelan 1MDB daripada masa awal lagi. Tetapi setelah beberapa tahun ada pelbagai tohmahan, pelbagai kritik dan sebagainya tentu menyukarkan pelan untuk jalankan IPO atau kadang-kadang untuk jual tanah itu pun sukar. Di situlah terjadinya mismatch, ketidakbetulan antara tunai yang masuk, (cashflow yang masuk) dan tunai yang perlu dikeluarkan untuk membayar hutang. Pada masa itu kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan strategik review dan selepas itu buat pelan rasionalisasi untuk memperbetulkan keadaan sebab cadangan asal tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Jadi kita perlu menangani perkara itu dan melalui pelan rasionalisasi. SOALAN: Apakah ada keperluan untuk satu model perniagaan seperti 1MDB itu di Malaysia dan kita juga ada dengar pelbagai pihak mengatakan ada pertindihan antara peranan 1MDB dan Khazanah Nasional Berhad. Mungkin saudara Arul boleh terangkan. JAWAPAN: Pada asasnya kedua-dua syarikat ini complimentary, maknanya menyokong satu sama lain jadi kalau kita lihat Khazanah Nasional mereka begitu berjaya untuk manage (menguruskan) aset kerajaan yang terdahulu seperti Tenaga Nasional Bhd, Telekom dan sebagainya. Saham kerajaan itu ditransfer (dipindah) ke Khazanah dan di sebalik itu Khazanah telah melaksanakan beberapa projek baru seperti di Iskandar dan sebagainya. 1MDB pula melakukan projek yang 'greenfield' maknanya yang baru seperti ambil alih tanah di TRX pada masa itu ada pasar di sana, ada pusat penjaja, kuil, tokong, masjid dan juga squatters (setinggan) di kawasan tersebut. Bandar Malaysia pula sekarang ini pangkalan udara masih di sana, jadi 1MDB mempunyai tanggungjawab untuk membina lapan kem baru iaitu enam untuk Kementerian Pertahanan dan dua untuk dalam Kementerian Dalam Negeri bagi pihak polis di seluruh Malaysia dengan harga RM2.7 bilion, jadi fungsi 1MDB ialah untuk membangunkan daripada scratch from zero (kosong) tidak ada apa di sana dan kita perlu membangunkan jadi lain dengan peranan yang dimainkan oleh Khazanah. SOALAN: Ceritakan kepada kami dengan segala visi yang anda miliki ketika menerajui masuk 1MDB, anda pastinya bercita-cita besar ada hasrat yang mulia untuk menyelesaikan hutang dengan cara yang baik tetapi ditikam bertubi-tubi setiap hari dengan pelbagai andaian yang negatif mengenai 1MDB. Baik, rakyat telah mendengar banyak yang negatif mengenai 1MDB sekarang saya beri peluang untuk beritahu saya dan penonton apa yang baiknya tentang 1MDB ini. JAWAPAN: Saya faham kenapa komen dan kritikan dibuat terhadap 1MDB tetapi kita ada fakta dan kita ada pendapat. Dua ini berbeza dan tanggungjawab saya ialah untuk memberi fakta yang betul mengenai 1MDB supaya andaian dan pendapat yang salah dapat diperbetulkan dan kami telah membuat demikian kalau saudara lihat lebih 48 press releases telah dibuat oleh 1MDB, banyak information dan fakta-fakta terdapat pada website kami, twitter dan facebook dan sebagainya jadi itu satu cara untuk kita memberi rangsangan kepada rakyat mengenai apa yang di lakukan oleh 1MDB. Yang sebaliknya kalau kita lihat 1MDB adalah antara syarikat janakuasa yang paling besar di Malaysia, tetapi itu kita tidak dapat melihat, bukan macam meja ni boleh ketuk, electricity itu kita tidak lihat dan sama juga dengan TRX dan Bandar Malaysia. Bila kita lihat pengkalan udara Kuala Lumpur dan Malaysia nampak macam tidak ada apa-apa tetapi seperti mana yang saya ceritakan tadi 1MDB sedang membina lapan kem di seluruh negara dan ia sedang berjalan dan akan diselesaikan pada penhujung tahun 2016. Itu memakan masa dan belanja dan sebagainya, itu tanggungjawab 1MDB. Sama seperti di TRX, kita akan membelanjakan RM3 bilion untuk memasukkan infrastruktur kepada TRX dan infrastruktur ini kita tidak nampak sebab kebanyakannya di bawah dan sebagainya tetapi Insya-Allah bila kita siapkan infrastruktur ini bangunan-bangunan dan sebagainya akan dinaikkan di situ. Perkara ini, membangunkan tanah untuk membina stesen janakuasa baru mengambil masa dan bukan sesuatu yang dapat dilihat secara terperinci atau terbuka tapi akan dilihatkan tidak lama lagi. SOALAN: Jika dilihat kepada ahli lembaga pengarah 1MDB kebanyakan mereka mempunyai rekod perniagaan sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan cemerlang. Jika demikian kita mahu bertanya mengapa 1MDB ini berdepan dengan prestasi perniagaan yang mengundang pelbagai persoalan setelah saudara Arul membuat penilaian sendiri ke atas 1MDB ini, apakah yang saudara dapat rumuskan berkaitan urus tadbir syarikat ini sebelum saudara masuk. JAWAPAN: Jadi pertama sekali apa yang penting untuk kita tentukan ialah apa masalah sebenar 1MDB. Masalah sebenarnya ialah cash flow which mismatched. Kita ada aset jangka panjang yang perlu dibangunkan overtime tetapi cash flow yang masuk itu perlu digunakan untuk membayar beban hutang jadi masalah itu mismatch dan liquidity, kecairan kewangan. Mengenai perkara urus tadbir bila lihat kembali memang senang untuk mengatakan beberapa perkara mengenai apa yang dilakukan, tetapi setiap keputusan dibuat, apa yang penting ialah keputusan perlu dibuat dengan cara yang betul melalui urusan yang betul dan juga konteks pada masa itu penting. Bila kita lihat kembali memang ada perkara yang mungkin bila diimbas kembali boleh dijalankan dengan cara yang lain, jadi pada masa keputusan dibuat konteksnya perlu dilihat dan juga sama ada segala keperluan yang diambil untuk membuat keputusan itu pada saya ia telah dijalankan sebegitu. Dalam perniagaan, lain, ada pelan yang dilaksanakan tidak menjadi sebab dalaman atau luaran. Jadi apa yang penting ialah bila kita lihat cabaran, kita perlu ambil tindakan, bila sesuatu itu tidak dilaksanakan ikut apa yang kita kehendaki ia perlu diperbetulkan dan sebab itu ada pelan rasionalisasi ini pada masa ini. SOALAN: Berkenaan dengan berpuas hati dengan corak penjelasan yang diberikan kepada khalayak. Anda katakan tadi 48 press release telah pun diberikan dan anda hadir ke TV3 banyak kali. Apakah anda berpuas hati dengan apa yang telah dinyatakan kepada khalayak. Yang sepertinya di media sosial ia nampak agak tidak jelas. JAWAPAN: Perkara ini kita masih membuat improvement. We are always improving and try to make it better for ourselves. Jadi pada saya, tiap kali kita membuat penjelasan atau mengeluarkan kenyataan akhbar, ia membantu kita memberi gambaran menyeluruh dan lebih betul mengenai 1MDB. Tetapi hakikatnya syarikat 1MDB ini kompleks, syarikat yang besar, lebih kurang 50 bilion aset pada syarikat serta mempunyai anak syarikat yang lain dan ada banyak isu yang dijalankan setiap hari. Kami pun bukan syarikat yang disenaraikan di Bursa. Kalau syarikat seperti itu ada keperluan menjelaskan maklumat. Jadi kami mencuba untuk seimbang antara melaksanakan perniagaan setiap hari dan juga memberi penjelasan. Tapi saudara Izwan, pada saya, kebanyakan soalan yang paling kritikal dan perlukan jawapan, sebenarnya lebih elok penyiasatan dijalankan sebab setengahnya adalah tohmahan dan tuduhan. Tak ramai orang minat bahawa sebenarnya Kabinet telah meminta Auditor General untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Jadi proses itu telah mengeluarkan interim report kepada PAC dan pada saya laporan itu begitu menyeluruh dan begitu detail dan dijalankan secara profesional. Jadi apa jawapan telah kita beri dan sebahagian lagi akan datang daripada penyiasatan yang sedang dilaksanakan. SOALAN: Sayangnya sebahagian penyiasatan masih bersifat dalaman dan tidak boleh didedahkan kepada orang ramai untuk mendapatkan 1MDB. Pada pandangan Encik Arul, apa lagi yang boleh dibuat supaya pada masa yang ditetapkan 1MDB akan dapat melunaskan hutang-hutangnya. JAWAPAN: Jadi soalan melunaskan hutang ialah the reason why the rationalisation plan sebab kita sebagai sebuah syarikat, seperti mana yang saya katakan tadi, plan asal membeli tanah, IPO dan sebagainya. Buat masa ini tidak dapat dilaksanakan seperti pelan asal. Jadi untuk rationalisation plan ini, sebenarnya kalau syarikat mempunyai masalah liquidity atau cash flow mismatch, sebenarnya ada tiga solution sahaja. Yang pertama ialah mendapatkan dana baru daripada pemegang saham, shareholders baru atau ekuiti baru. Kedua, kita jual aset dan bayar balik hutang. Ketiga, kita menjemput dana baru daripada new investors dan untuk 1MDB kita ambil kaedah yang ketiga. Jadi, syarikat EDRA Energy sedang dalam proses untuk bersama beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa yang akan membeli sebahagian daripada saham kepunyaan 1MDB dalam syarikat tersebut. Wang yang akan diterima akan digunakan untuk melangsaikan hutang. Kalau kita lihat secara anggaran value dalam syarikat EDRA ini ialah antara RM16 hingga RM20 bilion. Insya-Allah, kita akan dapat melangsaikan hutang apabila kita menjual sebahagian daripada syarikat tersebut. Itu yang pertama, yang kedua, pada bulan Jun lalu 1MDB telah menandatangani perjanjian township dengan IPIC daripada Abu Dhabi. IPIC adalah syarikat kepunyaan kerajaan Abu Dhabi dengan nilai AS$60 bilion. Dan Township ini ialah untuk IPIC mengambil alih hutang 1MDB yang sebenarnya telah dijamin oleh IPIC. Principal dan hutang itu lebih kurang AS$3.5 bilion dan IPIC juga telah membayar AS$1 bilion dan kami telah gunakan untuk langsaikan hutang. Jadi, jika kami selesaikan pertukaran asset unyuk hutang dgn IPIC beban hutang 1MDB akan berkurangan sebanyak RM16 hingga RM17 bilion. EDRA tadi 16 hingga 20 bilion, IPIC 16 hingga 17 bilion dan yang ketiga, 1MDB sekarang dalam proses membawa development partners masuk ke Bandar Malaysia. Proses itu sedang dilaksanakan dengan lebih kurang 40 syarikat telah menunjukkan minat untuk menjadi development partners kepada Bandar Malaysia ini. Pada saya Bandar Malaysia ini jika dilihat ia dijual pada RM550 hingga RM600 sekaki persegi, value Bandar Malaysia itu ialah antara RM11 hingga RM12 bilion. Jika digabungkan ketiga-tiga itu, itu akan menjadi proceed untuk melangsaikan hutang dan ketiga-tiga proses itu sedang berjalan lancar. Tetapi perlu mengambil masa di antara empat hingga enam bulan untuk diselesaikan. SOALAN: Model perniagaan dijalankan 1MDB memerlukan keyakinan yang tinggi daripada peminjam wang, syarikat yang akan membantu kita dalam menjana modal. Bagaimana keyakinan pelabur versus cakap-cakap negatif terhadap 1MDB. Adakah kita akan for sure proses yang sedang berjalan akan berlaku? JAWAPAN: Alhamdullillah, aset 1MDB fundamentalnya kukuh. Asas yang kukuh untuk aset-aset ini telah memberi keyakinan kepada pelabur. Jadi kalau kita lihat, mereka fokus kepada fundementals dan aset 1MDB sebagai contoh, syarikat EDRA, revenues daripada EDRA lebih kurang RM5 bilion setahun dalam tenaga. Itu akan mebawa value kepada syarikat itu. Tanah di Bandar Malaysia di KL. Tidak ada tanah sebesar itu berdekatan dengan KLCC dan pusat bandar KL. Itu sahaja yang ada. Kita tambah pula high speed terminal yang ada di situ dua line MRT, dua lagi potentially line tiga, KTM komuter dan sebagainya. Tanah itu mempunyai value yang tidak dikongkong oleh harga semasa. Maknanya opportunity untuk dapatkannya is immense. Oleh sebab itu investors dapat berbincang. Kalau dilihat dulu KL sentral, KLCC, Mid Valley kita tak nampak. Pada hari ini kita lihat semua pembangunan di situ tetapi when it was started the confidence were low. But investors can see the long term vision. SOALAN: Saya juga nak tahu bagaimana aset EDRA, IPIC mencari pemaju hartanah membeli tanah di Malaysia. Adakah ia satu kelaziman, ada juga mengatakan ia satu langkah kurang bijak? JAWAPAN: Jadi rancangan asal 1MDB apabila membeli syarikat janakuasa berasingan untuk dicantumkan menjadi syarikat lebih besar dan ini membawa kepada propektus kepada syarikat tersebut. Objektif pada masa itu, 2012 dan awal 2013, ialah untuk melaksanakan IPO. Tanah tersebut TRX dan Bandar Malaysia, objektif asal ialah untuk membuat master plan, mendapat kebenaran merancang dan memasukkan infrastruktur dan menjual tanah melalui bidang yang lebih kecil. Membeli aset menggunakan hutang, dan menjual aset itu dengan membawa dana baru. Dana itu akan digunakan untuk melangsaikan hutang. Bezanya ialah disebabkan cash flow mismatch dan liquidity concern, kita terpaksa membuat plan baru dan plan itulah membawa dana kepada strategic investors tetapi the long term plan masih kekal di situ. Dalam perniagaan ada kesukaran, yang penting mesti menangani cabaran tersebut that is my goal. My job is to help the issue. That is why i was brought into 1MDB. SOALAN: Are we still on track, atau pun kita jauh tersasar sebenarnya? JAWAPAN: Pada saya tidak. Seperti TRX kami dalam proses menjual tanah dalam TRX seperti rancangan asal. Dengan kemasukan main list untuk membeli 17 daripada 70 ekar TRX. Jualan tanah kepada Mulia Group, syarikat terkemuka dari Indonesia dan baru-baru ini kepada Affin Bank yang ingin membina headquartersnya. Jadi pelan itu memang on going. Dari segi janakuasa kita masih on going 5,000 Megawatt every day, yang bezanya sama ada kita jual saham kepada IPO atau jual saham kepada strategic investors. Keadaan pasaran pada masa ini mungkin lebih elok kita jual kepada strategic investors. SOALAN: Makluman daripada PM bahawa hutang 1MDB boleh diselesaikan dalam enam bulan. Dengan keadaan ekonomi sekarang dalam dunia, nilai ringgit dengan dolar jadi apakah enam bulan itu adalah satu masa yang boleh diselesaikan? JAWAPAN: Saya confident bahawa tempoh masa itu bersesuaian dengan keadaan syarikat dan keadaan pasaran. Seperti yang dikatakan tadi, syarikat EDRA, kita shortlist pelabur tempatan dan luar yang berminat. Sama seperti Bandar Malaysia 40 syarikat terkemuka daripada dalam negeri dan luar, China, Australia, Singapura dan Timur Tengah berminat untuk membeli tanah itu. Aset-aset ini ialah aset jangka masa panjang. Kita tidak boleh melihat pada sekarang sahaja kerana ia mengambil masa yang lama. Syarikat-syarikat ini faham kita tidak boleh mengambil short term view tetapi long term view. Seperti saya katakan tadi, 1MDB mempunyai aset yang kukuh dan kita dapat laksanakan rationalisation plan untuk menangani masalah cash flow ini. SOALAN: Dalam menjalankan tugas anda sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif kumpulan 1MDB setiap hari, adakah anda menerima sebarang campur tangan atau diberi kebebasan untuk membuat keputusan yang membabitkan dan menentukan hala tuju syarikat? JAWAPAN: Urus tadbir syarikat, ada beberapa bahagian. Sebagai pengurusan kita mempunyai lembaga pengarah, pemegang saham. Jadi keputusan perlu melalui atau mengikut kaedah urus tadbir yang ditetap. Alhamdullilah, untuk 1MDB setiap keputusan besar yang kami buat, sama ada strategic review atau rationalisation plan, adalah melalui ketiga-tiga segment tersebut. Kami bekerjasama dan work together as a team. So, from shareholder perspektif, Kementerian Kewangan, badan pengarah dan management sentiasa bekerjasama dan saling menukar idea untuk implementation of team rationalisation plan. SOALAN: Jadi, tiada sebarang campur tangan? JAWAPAN: Not of outside of that. Kita berdebat dan mempunyai diskusi dan sebagainya. Pada saya itu bukan campur tangan, itu memang cara melaksanakan urus tadbir syarikat melalui pengurusan board dan share holder. SOALAN: Dalam cerita hutang dan selesai hutang, apakah pada akhirnya 1MDB dapat menjana keuntungan dan segala pendapatan yang ditemui sekarang ini hanya untuk menyelesaikan hutang dan akhirnya tiada untung dapat dibuat oleh 1MDB? JAWAPAN: Kita ada dua bahagian, iaitu pertama, apakah cabaran pada masa ini iaitu cabaran untuk menyelesaikan hutang. Manakala hutang itu ada dua bahagian iaitu faedah dan principal. Isu 'cash flow mismatch' itu paling penting buat masa ini yang mana kita perlu menyelesaikan hutang untuk mengembalikan syarikat pada tahap stabil. Itu yang menjadi keutamaan pada masa ini. Pada long term, kalau kita dapat perbetul syarikat pada masa ini maknanya menurunkan beban beban hutang kepada tahap stabil, dapat selesai melalui operating income syarikat. Insya-Allah, kita mendapat keuntungan melalui kedua-dua itu yang perlu dilihat secara menyeluruh. Apa yang penting we must stabilise situasi in order live to move foward. SOALAN: Bagaimana anda hendak stabilise situasi itu dengan keadaan pandangan yang diberikan saban hari? JAWAPAN: Memang sukar dan pressure tinggi, tetapi kita mempunyai rancangan dan rancangan boleh dilaksana, very realistik plan. Pada saya dan warga 1MDB, saya sentiasa mengingatkan mereka, fokus untuk melaksanakan rancangan walau terdapat tohmahan dan kritikan dan sebagainya. Itu lumrah perniagaan yang kita kena terima. Itu hak rakyat menyuarakan pendapat dan mana yang boleh kita belajar dan mendapat idea yang kita perlu ambil kira dan guna untuk kemajuan syarikat. SOALAN: Tentang nilai mata wang ringgit susut, apakah tindakan 1MDB terhadap hutang mata wang dollar AS daripada terus membebankan syarikat. Apakah mempunyai perancangan khusus untuk menangani masalah ini? JAWAPAN: Ada dua bahagian iaitu pertama, 1MDB mempunyai syarikat janakuasa di negara asing seperti di Bangladesh, Egpyt (Mesir) dengan 1MDB merupakan penjanakuasa bebas terbesar di Mesir dan Bangladesh. Di samping itu, kami mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan, kesemua aset ini menjana dana dalam US dollar. Ini bermakna, kita ada natural hedge di mana cash flow diterima dalam US dollar untuk membayar hutang dalam US dollar. Bahagian kedua pula, 1MDB mempunyai pelbagai aset dalam US dollar dan aset tersebut give us natural hedge di mana hutang US dollar disandarkan ke atas aset US dollar. SOALAN: Kalau anda duduk bersama wartawan kami pasti akan bertanya soalan yang tidak dijangka. Saya mahu mengetahui sentimen soalan daripada pelabur yang berminat dengan tanah TRX, Bandar Malaysia dan IPP. Apakah sentimen dan kos terpaksa ditanggung dari segi tenaga dan hujah untuk menyakinkan pelabur melabur di 1MDB sebagai pelaburan selamat. JAWAPAN: Kita lihat opportunity untuk melabur, soalan diberi bukan sahaja mengenai aset fundamental tetapi masalah tohmahan politik itu yang memang merisaukan pelabur, di mana kalau kita masuk duit kepada sesuatu projek, keadaan ekonomi dan sebagainya penting untk melaksanakan projek itu. Kaedah yang kami gunakan ialah menunjukkan perancangan yang dijalankan untuk syarikat-syarikat janakuasa, tanah, perancangan ialah untuk jangka panjang. 15 tahun, 20 tahun dan sebagainya. Dan pelabur-pelabur itu faham bahawa masa ke masa akan ada isu politik, ekonomi dan sebagainya. Kita lihat Malaysia melalui beberapa cabaran dalam jangka masa 20 atau 30 tahun sebelum ini, tapi graf menaik dan kita perlu ingat walaupun pada masa ini ada kebimbangan dan kerunsingan mengenai beberapa isu, namun dalam jangka masa panjang kalau langkah betul diambil, keadaan akan pulih. SOALAN: Jadi anda memaklumkan sentimen yang ditunjukkan pelabur ini, apakah mereka tidak terlalu gusar dengan sentimen sedia ada dalam negara setelah meneliti pelan jangka masa panjang. JAWAPAN: Betul. SOALAN: Berhubung siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang tiba-tiba tertangguh berikutan pelantikan ahli PAC dalam Kabinet. Jadi, sejauh mana kesediaan pihak 1MDB untuk memberitahu secara sejujurnya transaksi dan apa yang berlaku dalam syarikat itu? JAWAPAN: Di 1MDB, bukan sahaja PAC. 1MDB terbuka pada masa ini dengan pelbagai penyiasatan, from most investigation company in Malaysia, daripada Bank Negara, MACC, PDRM, AG, Auditor General dan PAC serta setiap penyiasatan masih berlangsung dan never stop dan kami sentiasa memberi maklumat yang diperlukan untuk penyiasatan tersebut. Pada PAC, kami telah bersedia untuk hadir pada 4 hingga 6 Ogos sebelum ini, tetapi disebabkan pertukaran yang berlaku di PAC itu tertangguh. Kami bersedia kembali ke PAC apabila diberi tarikh seterusnya untuk 1MDB menyatakan fakta-fakta dari pihak kami. Jadi penangguhan PAC itu menyukarkan kerja kami sebab sebagai 1MDB, kami ingin mengutarakan beberapa jawapan dan segala tohmahan yang dibuat tetapi apabila mesyuarat itu ditangguh, kami tidak mendapat peluang itu. PAC pada saya ialah institusi yang betul. The best of all investigation to present, disebabkan ada pihak pembangkang dan juga kerajaan. Maknanya soalan yang akan kami terima adalah dari kedua-dua pihak dan tanggungjawab kami untuk menyakinkan bukan sahaja MPs kerajaan tetapi pembangkang. Itu yang penting. SOALAN: Jadi usikan nakal orang awam dan beberapa pihak mengatakan bahawa 1MDB lega kerana penangguhan ini berlaku adalah tidak benar kerana bagi anda telah bersedia untuk PAC? JAWAPAN: Tidak benar sama sekali kerana saya bersama rakan-rakan, termasuk badan pengarah semua telah bersedia untuk PAC. SOALAN: Pada pandangan saudara Arul, sejauh mana penyiasatan PAC, Auditor General dan sebagainya itu nanti akan menyeluruh dan mengambil kira aspek tuduhan dan tidak terhad kepada akaun 1MDB? JAWAPAN: Bagi saya, penyiasatan yang sedang dijalankan begitu menyeluruh disebabkan Bank Negara yang melihat kepada peruntukan keadaan negara. Sebagai contoh PDRM dengan beberapa laporan polis dibuat terhadap 1MDB dan laporan itu dilihat begitu menyeluruh oleh PDRM sama seperti MACC dan sebagainya. Setiap jabatan mempunyai speciality pengkhususan di dalam setiap aspek tersebut, bukan sahaja terhadap akaun yang dilihat oleh Jabatan Audit Negara. Penyiasatan itu menyeluruh sampai fail-fail, komputer dan sebagainya telah diambil dari 1MDB dan tidak terhad kepada jawapan yang diberikan oleh 1MDB. SOALAN: Bagaimana hubung kait dengan sesetengah individu dengan beberapa tokoh politik negara? Adakah itu juga boleh disiasat dan berada dalam jurisdiksi badan-badan yang sedang menyiasat? JAWAPAN: Pada saya, setiap badan penyiasat melakukan kerja mereka secara profesional dan menyeluruh. Itu adalah hak mereka untuk melaksanakan tugas dan sebagai profesional juga, saya pun melaksanakan tugas dengan sebaik boleh dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyatakan secara terbuka if any wrong doing is found, action will be taken. Sekarang terpulang kepada badan siasatan tersebut untuk melaksanakan (siasatan) yang menyeluruh dan profesional. SOALAN: Saudara Arul, soalan andaian yang anda harus bersedia dengan sesuatu yang buruk, kalau proses rasionalisasi tidak berjalan lancar dan hutang tidak berjaya dilangsaikan pada masa ditetapkan, apakah ia memberi kesan kepada ekonomi negara? JAWAPAN: Itu adalah soalan yang penting di mana ada hutang 1MDB yang telah dijamin kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, ada juga hutang yang mempunyai letter of support sebanyak RM11.5 bilion, jadi penting untuk kami melaksanakan pelan rasioanalisasi supaya dapat menyelesaikan hutang yang tidak membebankan kerajaan. Alhamdulillah, aset 1MDB kukuh dan pada masa ini, ada pelabur yang berminat untuk membeli aset tersebut dengan harga pasaran, yang berminat untuk aset tersebut. Pada kami, pelan rasioanalisasi itu adalah clear, untuk kami menyelesaikan masalah hutang. Tetapi kalau apa sebab perkara itu tidak terjadi, kita perlu ingat dengan syarikat seperti Edra Energy, kami ada opsyen yang lain boleh jual satu persatu boleh beli ke IPO dan sebagainya. Jadi dengan aset yang kukuh itu, opsyen kita adalah banyak dan kita boleh mengambil masa yang sewajarnya selagi principal dan faedah untuk hutang dapat dilangsaikan. SOALAN: Secara ringkasnya, apakah harapan anda yakin dan optimis untuk terus membawa 1MDB daripada cakap-cakap yang negatif kepada suatu syarikat yang akan membanggakan negara? JAWAPAN: Pada saya, apa yang penting, penyiasatan yang dijalankan perlu diteruskan, kebenaran dan fakta-fakta perlu diutarakan kepada orang ramai oleh penyiasat bebas tersebut dan jangan percaya cakap kami, biar penyiasat membuat kerja dengan telus dan profesional itu penting. Tanggungjawab saya bukan untuk mencari kesalahan, itu tanggungjawab pihak badan penyiasat, tanggungjawab saya ialah untuk menyelesaikan beban hutang yang syarikat sedang alami pada masa ini. Dengan support daripada warga 1MDB dan pemegang saham, Ministry of Finance, Insya-Allah, kita akan dapat selesaikan beban hutang itu. Apabila dilihat secara menyeluruh it looks good, for the future is clear. I'm confident, that's why I am here today, saya balik Malaysia untuk melaksanakan tugas. - Bernama