Letupan itu berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan berdekatan Jambatan Sathorn tidak jauh dari Sungai Chao Phraya dan beberapa hotel mewah.
Polis juga mengeluarkan satu klip video seorang suspek lelaki berbaju kuning yang kelihatan meninggalkan sebuah beg di kawasan itu sebelum beredar.
Dua puluh orang maut dan 126 cedera dalam letupan di Persimpangan Ratchaprasong, menurut jumlah rasmi yang dikeluarkan tengah hari ini.
Rakyat Malaysia yang meninggal dunia ialah Lim Su Gaik, 49; Lee Chee Siang, 35; Lee Jing Sian, 4 dan Neoh Kah Chun, 20 dari Pulau Pinang yang datang bercuti ke Bangkok.
Dua daripada rakyat Malaysia yang tercedera dikenali sebagai Tan Eui Hun, 29 dan Tan Kim Siok, 52, kedua-duanya dari Kelantan.
Kebanyakan mangsa yang cedera dan terbunuh semalam adalah pelancong.