suria

Azmin Perlu Jelaskan Isu DEIG

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamaed Azmin Ali digesa memberikan penjelasan secepat mungkin mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, terdapat banyak persoalan yang tidak terjawab mengenai kontroversi dana pelaburan kerajaan negeri tersebut berikutan laporan yang mendakwa bahawa DEIG adalah sebuah syarikat bernilai hanya RM2.

Katanya lagi dianggarkan sebanyak RM20 bilion hingga RM30 bilion nilai aset kerajaan negeri dipindahkan ke DEIG iaitu melebihi jumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami kecewa dengan jawapan mengenai isu ini.

"Saya dengar menteri besar cuba menjelaskan kepada orang ramai tetapi dia tidak perlu menunggu sehingga persidangan akan datang (Mesyuarat Dewan Undangan Negeri) tetapi melakukannya secepat mungkin," katanya pada majlis Sidang Kemuncak Perumahan Negara dan Hartanah ke-18 pada Jumaat.

Rabu lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan usul meminta kerajaan negeri meneliti semula penubuhan DEIG bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan membentangkan secara terperinci mengenai entiti itu pada persidangan akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain