Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sambutan Hari Merdeka adalah untuk semua orang, jadi tidak sepatutnya ada tema yang berbeza bagi negeri-negeri.
"Ia adalah satu hari peristiwa serius yang menandakan kemerdekaan negara dan orang ramai tidak wajar berjenaka mengenainya," katanya pada mesyuarat agung tahunan Wanita MCA Pahang di sini pagi Sabtu.
Beliau mengulas tindakan Guan Eng yang mengumumkan tema Hari Merdeka yang berasingan - 'Bersih, Cekap dan Amanah' untuk Pulau Pinang.
"Malah ia adalah slogan yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini semasa beliau menjadi perdana menteri.
"Lim Guan Eng boleh mempolitikkan setiap isu termasuk Merdeka," katanya.
Tiong Lai juga berkata matlamat utama PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara teokratik di Malaysia.