suria

Gunung Kinabalu Dibuka Kepada Pendaki Disember Ini

KOTA KINABALU: Puncak Gunung Kinabalu mungkin dibuka kepada pendaki pada 1 Disember jika semua kerja pemulihan siap sepenuhnya dalam tempoh itu.

Namun, laluan alternatif dan baharu mungkin lebih sukar dan curam.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun pada Sabtu berkata, laluan masih terhalang oleh bongkah batu besar dan sebarang pergerakan tanah boleh menyebabkan batu-batu tersebut jatuh serta mencederakan pendaki.

"Kami mahu menggelakkan penggunaan laluan yang terjejas dan mempertimbangkan beberapa laluan alternatif tetapi ia akan menjadi lebih curam dan mencabar," katanya.

Beliau berkata, pasukan pakar terlibat untuk mengenal pasti bongkah batu yang tidak stabil.

Buat masa ini, pendaki hanya dibenarkan untuk berjalan sehingga ke Laban Rata dan bermula 1 September mereka boleh bermalam di kemudahan penginapan yang disediakan kepada orang ramai.

"Hanya 100 pendaki dibenarkan untuk mendaki dan bermalam setiap perjalanan buat masa ini.

"Kemudahan itu masih memerlukan beberapa kerja pemulihan selanjutnya selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu," kata Masidi.

Semua aktiviti mendaki gunung dihentikan susulan gempa bumi kuat yang menggorbankan 18 nyawa.


Gunung Kinabalu

Artikel Lain