suria

Orang Pulau Mantanani Sukar Dapat Kad Pengenalan Baharu

Pulau Mantanani

KOTA KINABALU: Jauh dan sukar mendapatkan pengangkutan antara masalahyang dihadapi oleh sebilangan penduduk di Pulau Mantanani untuk mendapatkankad pengenalan baharu.

Seorang warga emas Bollah Sikual, 80, berkata ia merupakan kali pertama beliau menukar kadpengenalan yang lama kepada yang baharu.

"Saya tukar di sini sebab senang bila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) datang dansementara itu pakai kad pengenalan yang lama," katanya ketika ditemui Bernamasempena pameran Program Sahabat Maritim bersama PETRONAS di Pulau Mantanani, pada Sabtu.

Bagi Ajis Akmad 76, beliau bersyukur kerana anak bongsunya yang berusia 14 tahun kiniboleh mendapatkan kad pengenalan yang baharu walaupun lewat daripada yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkatakira-kira 50 penduduk di pulau itu telah membuat permohonan termasuk membuat kadpengenalan yang baharu, daftar lewat kad pengenalan dan sijil lahir.

Beliau berkata bagi penukaran kad pengenalan yang baharu tiada caj dikenakan dan kad pengenalan yang siap diproses akan dihantar ke JPN Kota Belud sebelumdituntut oleh pemohon.

"Ini kali kedua JPN masuk ke pulau ini. Kali pertama tahun lalu dan bagi program khas yangbergerak ke pantai timur dan pulau-pulau, kami tidak mengambil sebarang bayaran," kata Ismail.

Pulau Mantanani, Kad Pengenalan

Artikel Lain