suria

Abdul Wahid Nafi Dakwaan Sembunyi Keadaan Ekonomi Sebenar

Abdul Wahid Omar.

JOHOR BARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar menafikan dakwaan bahawa pengisytiharan rizab antarabangsa yang sihat mengelirukan dan menyembunyikan situasi ekonomi sebenar di negara ini.

"Fakta tetap fakta. Tiada cara untuk memanipulasikan angka," katanya kepada pemberita pada Selasa selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Ke-27 di sini.

Tambah beliau, Bank Negara menyediakan akaun terperinci rizab antarabangsa negara ini sekurang-kurangnya setiap dua bulan.

Difahamkan pihak tertentu termasuk penganalisis ekonomi melahirkan keraguan terhadap rizab antarabangsa di negara ini, malah ada yang mendakwa angka tersebut tidak benar.

Abdul Wahid juga menegaskan bahawa keadaan semasa ekonomi negara ini amat berbeza berbanding krisis yang pernah dilalui pada tahun 1997/1998.



Artikel Lain