suria

ADUN Lenggeng Sudah Bayar Hutang RM1.6 Juta Kepada Misran

Ishak Ismail

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menangguhkankes muflis melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri Lenggeng Datuk Ishak Ismail ke 15 September ini.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu di dalam kamar bagi memberi peluang kepada Ishak untuk berbincang dengan pemiutang Datuk Misran Sukadi bagi penyelesaian kes di luar mahkamah.

Sementara itu, peguam mewakili Misran, Francis Peter memberitahu pemberitadi luar mahkamah, Ishak sudah menjelaskan RM1.6 juta daripada RM2 juta pinjamannya kepada anak guamnya.

Jumlah itu termasuk RM300,000 yang dibayar oleh Ishak hari ini (Selasa) katanya.

Peter berkata ADUN itu sepatutnya membayar RM700,000 pada hari ini tetapi dia hanya mampu membayar RM300,000.

Susulan itu, katanya mahkamah menetapkan 15 September ini untuk Ishak membayar baki hutang itu.

Sebelum ini, mahkamah sama membenarkan penangguhan pelaksanaan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah dia gagal membayar pinjaman RM2 juta kepada Misran.

Artikel Lain