SEREMBAN: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya. Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang dekat sini pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalam rumah yang sama dengan mangsa. Tertuduh tidak diwakili peguam. Hakim Kamarudin Kamsun kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamindan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes.