suria

Seorang Ahli Umno Fail Saman Ke Atas Najib & Setiausaha Kerja Umno

PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli wanita Umno Bahagian Langkawi telah memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung pemindahan wang berjumlah AS$650 juta ke sebuah akaun bank di Singapura yang bukannya akaun milik parti itu.

Anina Saaduddin telah memfailkan saman itu pada Jumaat dengan menamakan Najib serta Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan.

Saman itu difailkan pada lebih kurang jam 10 pagi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Anina menjadi popular selepas kritikannya ke atas Najib pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi tersebar luas dalam laman sosial dan internet.

Artikel Lain