KUALA LUMPUR: Sejak tengah hari Ahad, kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini dilihat berjerebu dan panas dengan bacaan suhu sekitar 33 darjah Celsius. Bagaimanapun sehingga pukul 3 petang, keadaan berjerebu itu tidak mematahkan semangat peserta perhimpunan Bersih 4.0 daripada terus memenuhi ruang di setiap jalan sekitar. Namun peserta yang hadir dilihat tidak melakukan pesediaan awal seperti membawa topeng muka untuk tujuan kesihatan. Sebaliknya kebanyakan antara mereka hanya menggunakan tuala muka untuk menutup hidup masing-masing.