KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 4 berterima kasih terima kasih kepada pihak polis berhubung 'penglibatan minimum' mereka hujung minggu lalu. Mereka memuji kerjasama polis untuk berbanding tiga perhimpunan Bersih sebelum ini. Namun kata mereka pihak polis sepatutnya perlu membantu dalam menguruskan keselamatan sepanjang perhimpunan selama 34 jam di ibu negara. "Mereka seharusnya bantu mengawal orang ramai dan membuat kawalan lalu lintas. Kami melakukannya sendiri," kata Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor di sini, Isnin. Sementara itu AJK Bersih New Sin Yew turut memuji polis. "Ini adalah perhimpunan pertama di mana tidak ada kejadian tidak diingini, tiada salah guna kuasa dan tiada kekejaman polis," katanya. Bagi Bendahari Bersih, Masjaliza Hamzah berkata, kerjasama polis adalah lebih baik daripada apa yang mereka jangkakan