ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin memenangi kes saman fitnahnya terhadap Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ariffin Man di Mahkamah Tinggi di sini. Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar mengarahkan Ariffin selaku defendan membayar ganti rugi am RM100,000 dan memerintahkannya memohon maaf secara terbuka. Defendan juga diarah membayar ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 kepada plaintif. Ahmad menyaman Ariffin berhubung ucapannya dalam mesyuarat di Dewan Seri Tanjung, Pokok Sena pada28 Sept 2013, yang didakwa berniat jahat dan berbaur fitnah terhadapnya.-- Bernama